Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Siap siaga berdepan kecemasan kebakaran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi D, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengadakan Latihan Kebakaran Pengosongan Bangunan di dua buah sekolah, baru-baru ini.

    Latihan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dijalankan di Sekolah Rendah Haji Tarif melibatkan 102 orang warga sekolah termasuk marsyal bomba dan Balai Bomba Pelancaran Cawangan Operasi D yang diketuai oleh ASO Murni bin Haji Maidin.

    Manakala latihan kebakaran dan pengosongan bangunan yang dijalankan di Sekolah Rendah Putat melibatkan 84 orang warga sekolah termasuk marsyal bomba serta Balai Bomba Sungai Kebun, yang diketuai oleh DSO Maidin bin Haji Idris.

    Latihan tersebut dijalankan setiap tahun bagi memastikan kesiapsiagaan warga sekolah sekiranya berlaku kecemasan terutama sekali kebakaran selain menerapkan kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal.

    Teori dan praktikal yang dimaksudkan adalah memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan alat pemadam api ringan jenis debu kering 2kg dan selimut api; tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan sekolah bila berlakunya kebakaran; dan mengetahui tindakan perlu diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di bangunan sekolah dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Dalam kenyataannya, JBP juga memaklumkan bahawa mereka ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Jika berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Murid-murid dan guru semasa menghadiri latihan kebakaran pengosongan bangunan baru-baru ini. ‑ Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...