Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siapa bakal jadi juara?

    Oleh Hasrulraizan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Sekolah Rendah (SR) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dan SR Orang Kaya Besar Imas (OKBI) Subok bakal berentap dalam aksi akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Rendah Kluster 4 2018 apabila mereka masing-masing menang dalam perlawanan separuh akhir di Padang SR Datu Mahawangsa Lambak hari ini.

    Dalam perlawanan separuh akhir pertama, SR Yayasan beraksi mantap setelah berjaya mengalahkan SR Rimba III dengan jaringan 3-1. Manakala, dalam perlawanan separuh akhir kedua antara SR OKBI Subok dengan Tinkerbell Learning School menyaksikan perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan.

    SR OKBI Subok hanya berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan untuk melakarkan kemenangan 1-0, sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir.

    Para pemain SR OKBI Subok ketika meraikan jaringan mereka dalam perlawanan separuh akhir kedua kelmarin.

    Sementara itu, walaupun tewas di dalam aksi separuh akhir, kedua-dua pasukan iaitu SR Rimba III dan Tinkerbell Learning School masih lagi berentap dalam kejohanan itu bagi menentukan pemenang tempat ketiga.

    Kedua-dua perlawanan penentuan bagi kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu dijadualkan berlangsung pada 16 April ini di tempat yang sama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda