Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Siapa suruh Zul muat naik video sumbang?’

    “Saya tak pernah suruh Zul muat naik video sumbang itu,” demikian reaksi pengarah Erma Fatima berhubung kenyataan aktor Zul Ariffin yang mengaku bersalah atas dakwaan memuat naik video sumbang dalam laman Instagram (IG) pada 18 Mac lalu.

    Zul berkongsi tidak akan mengambil tindakan selanjutnya dan menasihatkan rakan artis lebih berhati-hati apabila diminta memuat naik hantaran bagi tujuan promosi.

    Secara sinis, pelakon filem Talbis Iblis itu menyifatkan, semua lain yang terbabit adalah malaikat, dia seorang sahaja tidak. Disebabkan itu, aktor bertubuh sasa itu mengaku kesalahan memuat naik kandungan kerana enggan memanjangkan kes dan membazir masa orang berkaitan.

    Erma berkata, seseorang pelakon sepatutnya perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi dan mengaibkan diri sendiri.

    “Pengarah dan pelakon ada otak. Takkan nak buat perkara memudaratkan diri walaupun disuruh.

    Erma berkata, seseorang pelakon sepatutnya perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi dan mengaibkan diri sendiri. – Agensi

    “Maruah kita bukan atas arahan. Maruah kita, kitalah yang kena jaga.

    “Saya pernah jadi pelakon. Saya juga berlakon atas arahan dan mengikut apa yang saya percaya.

    “Kalau saya buat, sayalah tanggung. Jadi, tak perlu nak menuding jari kepada sesiapa. Jadilah seorang pelakon yang bertanggungjawab,” katanya kepada media.

    Tambah Erma, Zul tidak seharusnya membabitkan orang lain yang tiada kena mengena dengan perbuatannya itu.

    “Tiada siapa jadi malaikat atau syaitan di sini. Dia didakwa atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

    “Secara logik, siapa yang nak ke depan dan jadi hero mengaku memuat naik video dalam akaun IG peribadi orang lain,” persoal Erma.

    Menyifatkan apa yang berlaku sebagai teguran dari Tuhan, Erma juga akur setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Sepang, semalam, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...