Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Siapa yang buat undang-undang?’

    Pengarah tersohor Syamsul Yusof boleh mendabik dada apabila filem terbaharu arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan memecah rekod sebagai naskhah tempatan terlaris sepanjang zaman apabila ia mendapat kutipan box office RM90 juta dalam masa 33 hari tayangan.

    Syamsul, 38, sebaliknya secara merendah diri mengakui naskhah arahannya itu bukanlah sempurna sekiranya ia dikira mengikut undang-undang dan peraturan pembikinan filem yang formal.

    Namun katanya, dia berani melanggar semua peraturan yang ada demi menghasilkan sebuah filem yang dapat menggembirakan penonton di Malaysia.

    “Filem abang tak sempurna kalau berdasarkan laws and rules of film making, tetapi saya langgar semua peraturan itu demi menggembirakan penonton.

    “Sebenarnya siapa yang buat undang-undang dalam pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya?,” katanya menerusi Instagram.

    Syamsul Yusof ‘langgar’ peraturan demi menghasilkan sebuah filem yang baik. – Agensi

    Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak bersetuju dengan ‘undang-undang’ dan ‘peraturan’ tersebut kerana percaya seni itu indah dan subjektif pada semua.

    Sebaliknya kata Syamsul, pembikin filem sepatutnya mengikut hati dan bukannya buku dalam menghasilkan sebuah karya yang baik.

    “Abang tak pandai tetapi pembikin filem patut ikut hati mereka, bukannya buku,” ujarnya.

    Sementara itu, Syamsul turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kekal berada di kedudukan pertama carta Top 10 filem selama lima minggu berturut-turut sejak ditayangkan pada 26 Jun lalu.

    “Sejarah, rekod tercipta lagi. Filem nombor satu dalam carta box office untuk lima minggu berturut-turut. Ini tidak pernah berlaku,” tulisnya.

    Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...