Siapakah di ruang tamu itu?

Oleh Zulkamal Haji Kamis

ANGIN sejuk memasuki bilik Anis yang sedang duduk lena mengulangkaji pelajarannya. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8 malam dan ibu bapa Anis belum pulang lagi kerana menghadiri majlis doa selamat yang diadakan oleh mukim kampung. Anis tidak mempedulikan angin itu malah dia terasa begitu lega dan segar sekali kerana berpeluang untuk menikmati suasana malam yang sejuk dan dingin.

“Aduh sudah jam lapan malam, alum tah bisdurang mama babah ani balik, tengah malam kali baharu tah balik ni usulnya,” kata Anis di dalam hati. Namun Anis terus bersemangat mengulang kaji pelajarannya memandangkan tidak lama lagi musim peperiksaan akan berlangsung. Ketika itu, Anis seorang diri di dalam rumah dan dia sudah terbiasa untuk tinggal seorang diri di rumah, lantaran itu, ibu dan ayahnya sudah tidak perlu bersusah hati untuk meninggalkan Anis seorang diri di dalam rumah.

“Emmm bosan ku eyh, baiktah ku meliat dvd kali ah,” cakap Anis seorang diri. Anis pun berjalan ke ruang tamu tetapi sebelum dia melangkah ke ruang tamu, dia bergerak ke dapur untuk mengambil air minuman. Suasana agak sedikit gelap maklum mereka merupakan keluarga yang berjimat cermat.

Ketika berada di dapur, Anis sempat menghubungi rakan baiknya, Anna, bagi menanyakan beberapa soalan yang agak sukar baginya untuk menjawab. Anis dan Anna pun berbual di dapur. “Eyh Anis, kau seorang sajakah di rumah atu?,” tanya Anna kepada Anis. “Awu, aku ganya seorang ni di rumah sis, kenapa sis, something wrong,” jawab Anis pula. “Inda pulang, ganya berani kau ah, mun aku time-time macam ani, takut ku kali ah kan tinggal seorang diri,” balas Anna.

“Well sis, aku kan pemberani, hantu pulang takut arah ku kali ah, mana ya hantu ah, aku menumpuk ia,” kata Anis sambil ketawa. “Amboiiii sis, sombongnya, awu mun banar ada hantu atu menjelma di depanmu baru kau tahu,” kata Anna lagi di dalam telefon. “Wait, Anis, macam aku tedengar something arah belakangmu atu,” kata Anna membuatkan Anis terkejut.

Bermain-main

Anna ketawa. “Ahahahahah, nah baru kau tau, baru di telefon, tekajut tah kau sudah sis,” kata Anna sambil ketawa. “Alaa, nada hal lah, sekadar atu, bah eyh sambung lagi soalan-soalan ku tadi ah, apa jawapannya tu sis, tolong deyh,” tanya Anis kepada Anna lagi.

Mereka berdua rancak bercerita di dapur di mana masing-masing bertanyakan soalan-soalan peperiksaan dan berkongsi ilmu. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, Anis masih berada di dapur sambil menikmati biskut dan secawan kopi.

“Anna, batah mama dan babah ku, alum tah bisdurang balik ani bah, pukul 10 sudah, susah pulang hati ku eyh,” kata Anis kepada Anna. “Kau susah hati kah, kau takut ni sis,” tanya Anna kepada Anis. “Eshh kau ani ah, aku serius kali ni ah, inda pulang ku takut, susah hati ku bah, luan akhir jua udah ni, alum tah balik-baliknya,” kata Anis.

“Sabar deyh sis, ada ya karang tu balik, cuba tah kau text ia, tanya di mana keberadaannya masa ani, inda jua kau kan susah hati sis,” kata Anna kepada Anis cuba menenangkan hatinya. “Bah udah tah Anna, kan ke ruang tamu ku meliat dvd,” kata Anis kepada Anna. “Eyh Anis kajap, macam kedengaran ku ada orang mengatuk pintu tu, nah babah sama mama mu kali,” kata Anna kepada Anis. “Mengapa kau Anna, nada pun bunyi orang mengatuk, sadang eyh kan menakut-nakutkan orang ah,” marah Anis kepada Anna. “Awu Anis aku serius ni, macam ada kedengaran bunyi orang mengatuk tadi Anis,” Anna berkeras.

“Nah Anis, suara siapa tu,” kata Anna lagi tatkala mendengar seperti ada suara di ruang tamu. “Bah start tah kau udah tu Anna ah,” kata Anis seperti terasa bulu romanya berdiri dan seram sejuk. “Anis agatah kau buka radio, pasang orang mengaji eyh, watir ku eyh kau ani, kau lagi seorang di rumah,” kata Anna kepada Anis. “Bah udah tia Anna, ku tutup ni,” kata Anis tanpa menghiraukan kata-kata Anna.

“Kan menakutkan orang ya pulang, aku Anis kali ah, inda takut kan hantu, hantu yang takutkan aku kali ah,” kata Anis sambil memandang telefon bimbitnya. Namun secara tiba-tiba, hujan turun dengan begitu lebat berserta dengan angin yang kuat menyebabkan pintu bilik Anis tertutup dengan begitu kuat. “Ya Allah, tekajut ku eyh, memberi watir jua ujan atu eyh,” kata Anis seorang diri sambil bergerak menuju ke biliknya.

Kelibat lembaga

Angin kuat memasuki bilik Anis, tabir bergerak kuat, lantas Anis dengan cepat menutup jendelanya. Hutan begitu lebat sekali di luar namun tiba-tiba Anis seperti terpandang sesuatu bergerak di depan rumahnya. Keadaan begitu gelap sekali dan Anis hanya dapat melihat secara samar-samar namun sebaik sahaja kilat menyambar, sinar kilat itu memperlihatkan satu tubuh badan berkain putih sedang berjalan seperti terapung di depan rumahnya.

Anis tersentak dan terkejut. “Ya Allaaahhhhhhh,” laung Anis lantas menutup tabir biliknya dengan cepat. “Ya Allah, apa tu, apa tu, hantu kah, hantu kah tu,” kata Anis tergetar-getar. Dia cuba menghubungi ibu dan ayahnya namun masih tidak dapat dihubungi malah hujan semakin lebat begitu juga angin yang semakin bertiup kencang. Anis berada ditingkat atas rumahnya dan tiba-tiba kedengaran bunyi cawan jatuh ke lantai.

“Aduh apa lagi jatuh atu,” bisik Anis dalam hati. Anis kuatkan hati untuk bergerak ke tingkat bawah dan dia berjalan secara perlahan-lahan. Ketika itu terasa seperti angin masuk dan datang dari bahagian dapur, lantas Anis bergerak laju menuju ke dapur. Jendela dapur terbuka dengan begitu luas, menyebabkan cawan yang digunakannya tadi terjatuh ke lantai. Anis cuba menutup jendela tersebut. Anis memandang ke kiri ke kanan memeriksa keadaan di luar. Pokok-pokok bergoyang kuat dan hujan masih lagi turun dengan begitu lebat.

Tiba-tiba Anis dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. “Hello, Assalamualaikum Anis, ayah ni, babah sama mama akhir sikit balik hari ani, ada hal perlu diuruskan. Tapi ayah kan bepasan arah Anis, kalau ada orang mengatuk pintu kah, memberi salam kah apa, jangan dibuka atau jangan dijawab ah, jangan dijawab atau dibuka sama sekali, faham tu Anis,” kata ayah Anis di telefon. “Babah, jangan akhir banar babah, Anis makin takut ni, jangan akhir ah babah,” kata Anis. “Awu inda akhir banar ni,” jawab ayah Anis.

Ayah Anis lalu menutup talian. Tinggallah Anis seorang diri ketika itu, ditambah dengan hujan yang lebat dan angin yang kuat apatah lagi dia seperti terlihat ada sesuatu berjalan di depan rumahnya tadi. Anis berdiri di dapur sambil memandang telefon bimbitnya dan chat bersama rakan baiknya, Anna.

“Uiiiii Anna, tidur kau sudah?” tulis Anis kepada Anna. “Ah kenapa sis, alum ku tidur, apa tu hujan labat ah, membari watir lagi tu, iatah inda ku jadi tidur, kenapa sis,” jawab Anna kepada Anis.

“Anna, aku takut eyh, dangani ku, jangan dulu kau tidur,” tulis Anis lagi. “Nah iatah kau nah, sombong tah kau lagi, tadi bukan main kau, beranilah gagahlah, hantu takutkan kau lah, nah apa rasanya,” tulis Anna kepada Anis.

Anis memasang semua lampu di rumahnya dan bergerak perlahan ke ruang tamu namun tiba-tiba, Anis dikejutkan dengan bunyi ketukan yang kuat di luar. Bunyi ketukan itu sangat kuat sehingga pintu itu bergegar. “Siapa tu, siapa tu, babah, mama kah?” Anis bersuara. Namun tidak dibalas. Bunyi ketukan itu berbunyi lagi malah bertambah kuat. “Uiiiiiii siapa tu, siapaaaaa,” teriak Anis lagi. “Assalamualaikum,” suara halus berbunyi.

Anis terkejut.”Waalaaiiiiikumsalamm,” jawab Anis. “Ala, aku lupa pasan babah, katanya kalau ada orang bagi salam, jangan dijawab,” bisik hati Anis. Anis terpaku seorang diri mengenangkan pesan ayahnya itu yang baharu sahaja dilanggarnya.

Terus diganggu

Bunyi ketukan pintu itu sudah berhenti namun situasi semakin bertambah menyeramkan apabila kerusi malas milik ayahnya bergerak dengan sendirinya. Anis terkejut sehingga telefon bimbitnya terjatuh dan pecah. “Aduhhhh,” kata Anis sambil berlutut memeriksa telefonnya itu. Tiba-tiba dari bawah Anis ternampak seperti ada kaki berwarna kebiru-biruan dan hitam seperti sedang berjalan menuju ke arahnya. Anis terkejut lantas berdiri dengan cepat dan mendapati tidak ada sesiapa di situ. Anis semakin bertambah takut.

Anis mencuba sekali lagi menghubungi ayahnya. “Babah, babah, laju babah balik babah, Anis takut ni, takut, Anis tejawab tadi salam orang di luar babah,” tangis Anis kepada ayahnya. “Apa, nah sudah babah beritahu tadi, jangan dijawab, bah babah sama mama kan balik tah ni,” jawab ayah Anis. Anis cuba kuatkan semangatnya dan bergerak perlahan naik menuju ke biliknya namun belum sempat Anis memulakan geraknya, kerusi malas itu bergerak kembali. Kali ini seperti ada sesuatu di kerusi tersebut.

Anis cuba memerhatikan kerusi itu dan ternyata seperti ada sesuatu di situ. Lembaga berambut panjang itu secara perlahan-lahan memandang Anis yang berdiri di depan tangga. Anis terkejut lantas terjatuh akibat terlanggar meja kecil. Tiba-tiba suara halus kedengaran. “Anisssssss, Anissss kau takutkeeeee, kau takuttt keeeee.”

Anis berteriak dan bergerak laju menuju ke biliknya. Anis memasang radio dengan begitu kuat namun radio itu tertutup dengan sendirinya menyebabkan Anis bertambah takut dan gementar. “Ya Allah, lindungi aku Ya Allah,” Anis berdoa sambil memeluk patung kecilnya di biliknya. Hujan masih lagi lebat di luar dan tiba-tiba pintu biliknya diketuk dengan begitu kuat. “Aniiiissssssssssssss hihihi, buka pintu, buka pintuuuu,” suara halus itu kedengaran lagi. “Siapaaaaa kauuuu, aku inda mengacau kau, sial,” sumpah Anis menguatkan hati. Pintu bilik Anis tetap diketuk dengan begitu kuat. Suara yang halus itu secara perlahan-lahan bertukar menjadi sarak dan kedengaran sangat menyeramkan.

Tidak diduga, pintu Anis terbuka sendiri, Anis tersentak dan kaku, tidak dapat menahan rasa takutnya. Satu lembaga sedang bergerak menuju ke arahnya sambil matanya yang bulat dan hijau merenung Anis. Disebabkan terlalu takut dan kaku serta suara yang tidak lagi dapat dikeluarkan, Anis jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

“Anis, Anis, bangun Anis,” satu suara kedengaran. Anis membuka matanya dan kelihatan ayah dan ibunya berada di sampingnya. “Mama, Anis takut mama, Anis takut, ada hantu tadi ma, ada hantu,” kata Anis sambil memeluk kuat ibunya. “Bah Anis sudah kuatkan hatimu atu, jangan lagi diingatkan, sudah babah keluarkan benda atu, inda ya lagi berani mengacau ne rumah ani, sudah babah pagar,” kata ayah Anis.

Mulai dari hari itu, Anis tidak lagi mahu tinggal seorang diri di rumah walaupun ibu dan ayahnya hanya berjalan untuk seketika. Dia sudah trauma dengan apa yang telah berlaku pada dirinya. Malah mulai dari hari itu, dia tidak lagi mahu bermegah diri dan sombong kerana dia sudah serik untuk mengalami peristiwa menyeramkan itu sekali dalam seumur hidupnya.