Siapakah pengganti Angela Merkel?

BERLIN, 5 Dis – Sesi mengundi pada Jumaat ini akan menentukan pengganti Angela Merkel sebagai ketua parti selepas 18 tahun memimpin dengan nasib politik dan legasi canselor Jerman itu dalam keadaan bahaya.

Merkel, seorang pemimpin Kesatuan Eropah (EU) paling berpengaruh, mengejutkan para pemerhati pada Oktober lalu menerusi pengumuman susulan kegagalan dalam pilihan raya negeri di mana beliau tidak akan bertanding bagi jawatan pengerusi dalam parti CDU.

Selepas berlaku pertikaian dalam parti dan para pengundi atas sebab keputusannya untuk membiarkan sempadan dibukakan untuk lebih sejuta pencari suaka, Merkel telah menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan dunia politik apabila tempoh penggal berakhir pada 2021.

Sama ada beliau mampu bertahan sehingga tempoh itu bergantung kepada siapa yang dipilih oleh parti CDU bagi menggantinya semasa persidangan parti di Hamburg dengan pengikut setia Merkel dan pesaing terdekat bersaing antara satu dengan yang lain.

“Sesiapa sahaja menjadi pemimpin parti terbesar Jerman berkemungkinan besar akan menjadi canselor,” menurut pakar politik Eckhard Jesse dari Universiti Chemnitz memberitahu kepada AFP. Dapat dilihat bahawa penggantinya adalah Annegret Kramp-Karrenbauer.

Dikenali dengan nama singkatan AKK, beliau merupakan setiausaha agung CDU dan bekas pemimpin wilayah Saarland.

Sementara undian itu menunjukkan petanda bahawa beliau menjadi pilihan utama dalam kalangan pengundi Jerman dan ahli-ahli CDU, terdapat juga petanda bahawa beliau gagal untuk menarik 1,001 delegasi yang akan membuang undi dalam persaingannya menentang Friedrich Merz. – AFP

Angela Merkel semasa berucap pada Persidangan Digital di Nuremberg, selatan Jerman semalam. Sesi mengundi pada Jumaat ini akan menentukan pengganti Angela Merkel sebagai ketua parti selepas 18 tahun memimpin. – AFP