Wednesday, November 13, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siasatan kes Yoo Ah In cabul lelaki digugurkan

    Pelakon Yoo Ah In mampu menarik nafas lega apabila siasatan terhadap dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki sebelum ini digugurkan.

    Wakil Balai Polis Yongsan di Seoul memaklumkan siasatan dihentikan selepas tiada bukti kukuh untuk pihak berkuasa membawa kes tersebut ke mahkamah. Malah pihak polis juga tidak akan membuka kembali kertas siasatan kes tersebut pada masa akan datang.

    Laporan berhubung kes tersebut dibuat terhadap Ah In pada Julai lalu oleh lelaki berkenaan yang mendakwa dia dicabul aktor tersebut ketika sedang tidur. Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah studio.

    Ah In sebelum ini menafikan dakwaan tersebut malah memberi kerjasama baik dengan hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

    Sementara itu dalam kes berasingan, aktor popular itu bakal menjalani hukuman penjara selama setahun atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

    Februari tahun lalu, Ah In ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon atas dakwaan penyalahgunaan dadah seperti ganja, kokain, ketamin dan propofol. – Agensi

    Ah In dibebaskan dari dakwaan cabul lelaki.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda