Siasatan tembak mati tukang masak selesai

LOUISVILLE, 4 OGOS – Siasatan Polis Negeri Kentucky terhadap insiden tembak mati seorang tukang masak barbeku Louisville semasa demonstrasi jalanan terhadap perkauman telah selesai dan diserahkan kepada pendakwa raya.

Penyiasat menyerahkan kes tembak mati David McAtee pada 31 Mei kepada Peguam Komanwel di Louisville untuk direviu, kata J. Michael Brown, setiausaha Kabinet eksekutif negeri.

Brown mengatakan fail itu akan dikongsi dengan FBI, yang sedang menjalankan siasatan berasingan.

“Tidak ada sebarang bukti yang dikumpulkan setakat ini, bahawa ada perbezaan yang signifikan antara urutan peristiwa dan tindakan yang sebelumnya dilaporkan atau dirakam pada video,” kata Brown semasa taklimat berita gabenor kelmarin.

Brown mengumumkan pada bulan Jun bahawa bukti peluru menunjukkan bahawa McAtee telah ditembak di restorannya oleh seorang anggota Pengawal Nasional.

McAtee telah melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan dari pistolnya, kata Brown.

Terdapat dua anggota pengawal di kawasan itu dan penyiasat tidak dapat menentukan yang mana satu melepaskan peluru membawa maut.

Pegawai Louisville kelihatan berada dalam video yang diedarkan oleh polis melepaskan penyembur lada ke kawasan di mana McAtee sedang memasak di luar rumah.

Tetapi Brown mengatakan bahawa dia percaya McAtee melepaskan tembakan pertama dan anggota pengawal membalas tembakan itu.

Pengawal Nasional berada di Louisville untuk membantu mengawal perintah berkurung di tengah tunjuk perasaan yang disebabkan oleh kematian George Floyd di Minnesota dan Louisville, Breonna Taylor, kedua-duanya berkulit hitam.

Taylor ditembak oleh detektif Louisville yang menjalani waran di rumahnya pada bulan Mac. Floyd meninggal dunia pada 25 Mei dalam tahanan polis di Minneapolis. -AFP