Sicily sedia hadapi siklon kedua

ROM, 28 OKT – Sicily bersedia untuk ketibaan puting beliung hari ini, yang kedua minggu ini selepas ribut maut membadai pulau selatan Itali itu, mengorbankan tiga orang.

Siklon Mediterranean dikenali sebagai ‘medicane’ dijangka tiba ke timur pantai Sicily dan pinggir Calabria antara malam ini dan pagi esok, kata institut penyelidikan awam Itali, ISPRA.

Unit perlindungan awam meletakkan timur Sicily di bawah amaran jingga bagi ketibaan ribut itu.

“Hujan lebat dan ribut laut kencang dijangka melanda pantai, dengan ketinggan ombak sekitar 4.5 meter,” kata ISPRA.

Pada Selasa, sebahagian timur Sicily luar pinggir Itali telah dibadai siklon, susulan beberapa hari hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh, membunuh tiga orang. – AFP

Kereta-kereta ditenggelami banjir di daerah Catania, Sicily. – AP