Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sidang ASEAN-AS kukuhkan hubungan persahabatan

    Oleh Sim Y.H.

    Pemimpin-pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) yang bersidang semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS 2022 menekankan pentingnya untuk menjana sebuah persekitaran aman bagi meningkatkan kerjasama serta mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sedia ada dalam kalangan negara-negara anggota dengan berpegang teguh kepada prinsip kesaksamaan, kerjasama, konsultasi dan saling hormat-menghormati dengan dibimbing oleh prinsip Deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dengan prinsip bagi Hubungan Saling Bermanfaat (Bali Principles).

    Di samping itu, dalam kenyataan visi bersama bagi sidang kemuncak berkenaan, para pemimpin yang bersidang pada sidang kemuncak yang berlangsung di Washington, D.C., 12 dan 13 Mei lalu, menyatakan kerjasama di antara mereka itu adalah amat penting kepada ASEAN, AS dan komuniti antarabangsa yang bermula dengan dialog pertama di Manila pada 1977 dan berkembang dengan AS menandatangani Treaty of Amity an Cooperation in Southeast Asia, penubuhan Misi Amerika Syarikat ke ASEAN di Jakarta serta pengasasan Sidang Kemuncak ASEAN-AS.

    Para pemimpin yang bersidang juga mengesahkan lagi komitmen bersama mereka untuk mengukuhkan dan membina hubungan dialog ASEAN-AS yang lebih komprehensif bukan sahaja bagi ASEAN dan AS tetapi juga kepada komuniti antarabangsa serta untuk terus mempromosikan dan mengekalkan keamanan, sekuriti, kestabilan dan kemakmuran di rantau berkenaan.

    Pada masa yang sama, para pemimpin juga mengesahkan komitmen untuk memastikan hubungan berkenaan kekal dapat disesuaikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baharu serta untuk terus bekerjasama dalam perbincangan antarabangsa dan serantau yang dianggotai oleh negara-negara anggota ASEAN dan AS.

    Para pemimpin juga mengesahkan lagi komitmen bersama untuk mengekalkan dan mempromosikan keamanan, sekuriti dan kestabilan di rantau berkenaan serta untuk menyelesaikan pertelingkahan secara aman termasuk menghormati sepenuhnya proses undang-undang dan diplomatik tanpa perlu menggunakan kekerasan atau ancaman selaras dengan undang-undang antarabangsa.

    Para pemimpin juga komited untuk meningkatkan keupayaan sekuriti siber, mempromosikan penyertaan dan literasi digital serta mengukuhkan dasar dan rangka kerja yang boleh memupuk kecekapan, inovasi, komunikasi, penggunaan Internet yang saksama dan selamat.
    Para pemimpin ASEAN dan AS komited untuk meneruskan kerjasama mempromosikan pelaburan dan perdagangan serta memudahkan daya tahan rantaian bekalan global dan membolehkan kesalinghubungan serantau termasuk bagi barangan mustahak seperti perubatan, vaksin dan sebagainya.
    Menyokong teknologi baharu termasuk kenderaan elektrik merupakan salah satu hasrat para pemimpin untuk mendalamkan lagi kolaborasi bagi kesalinghubungan pengangkutan bagi memajukan pembangunan infrastruktur yang mampan.

    Dalam kenyataan bersama itu, para pemimpin yang bersidang menyatakan sokongan kepada usaha menentang pandemik COVID, membina sekuriti kesihatan yang lebih baik dan pemulihan bersama. Ke arah itu, mereka menyokong usaha sekuriti kesihatan dan pemulihan pandemik ASEAN dengan mengukuhkan lagi sistem dan keupayaan kesihatan kebangsaan dan serantau menerusi Inisiatif ASEAN-U.S. Health Futures dan untuk memperuntukkan pembiayaan global yang mampan, kukuh dan mencukupi bagi pencegahan, kesiapsiagaan dan respons pandemik termasuk menyokong usaha berterusan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia.

    Mereka juga mengalu-alukan sokongan yang dihulurkan oleh rakan-rakan dialog ASEAN melalui pelbagai inisiatif termasuk Quad Vaccine Partnership serta kekal komited bagi memudahkan akses saksama kepada perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan berkualiti, mampu untuk dimiliki dan selamat. Mereka juga komited untuk mengembangkan kapasiti kemapanan pengeluaran tempatan dan serantau produk perubatan mustahak termasuk melalui pemindahan ilmu pengetahuan dengan terma sukarela dan yang telah dipersetujui serta memperuntukkan bantuan teknikal.

    Para pemimpin juga menyatakan komitmen untuk melabur dan mengukuhkan sistem kesihatan melalui Liputan Kesihatan Universal terutamanya penjagaan kesihatan asasi dan akses kepada perkhidmatan kesihatan mustahak serta mengembangkan dan melatih tenaga kerja kesihatan sebagai asas yang kukuh bagi sekuriti kesihatan global dan serantau.

    Dalam hubungan mengukuhkan kesalinghubungan dan hubungan ekonomi, para pemimpin yang bersidang menyatakan komitmen untuk memacukan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang lebih kukuh, saksama dan inklusif termasuk melalui pelaksanaan ASEAN-US Trade and Investment Framework Arrangements and Expanded Economic Engagement Initiatives Workplan serta melalui penyertaan ekonomi penting AS di rantau berkenaan.

    Para pemimpin juga menyatakan komitmen untuk memenuhi keperluan infrastruktur rantau berkenaan dengan memangkin pelaburan dalam projek-projek infrastruktur yang tahan iklim, rendah karbon, telus dan berstandard tinggi di mana ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif serta mematuhi standard buruh antarabangsa dan pelindungan alam sekitar.

    Para pemimpin komited untuk meneruskan kerjasama lagi mempromosikan pelaburan dan perdagangan serta memudahkan daya tahan rantaian bekalan global dan membolehkan kesalinghubungan serantau termasuk bagi barangan mustahak seperti perubatan, vaksin, makanan dan produk pertanian, komoditi, produk teknologi tinggi serta perkhidmatan dan bekalan mustahak yang lain di mana ia akan menyumbang kepada daya tahan dan pemulihan ekonomi mampan di rantau berkenaan.

    Para pemimpin menyatakan hasrat untuk mendalamkan lagi kolaborasi bagi kesalinghubungan pengangkutan termasuk udara, darat, maritim dan program memudahkan pengangkutan bagi memajukan pembangunan infrastruktur mampan serta menyokong teknologi baharu termasuk kenderaan elektrik.

    Para pemimpin terus komited kepada dan melabur dalam pembangunan serta kemakmuran di ASEAN dan AS. Ke arah itu, mereka akan bekerjasama secara aktif untuk mengukuhkan sistem urus tadbir global dan serantau serta berusaha untuk mengukuhkan lagi kerjasama melalui inisiatif-inisiatif atau rangka kerja relevan AS atau ASEAN.

    Para pemimpin juga komited untuk meningkatkan keupayaan sekuriti siber, mempromosikan penyertaan dan literasi digital serta mengukuhkan dasar dan rangka kerja yang boleh memupuk kecekapan, inovasi, komunikasi, penggunaan Internet yang saksama dan selamat serta kemakmuran ekonomi sambil bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berhubungan ancaman siber dan rangka kerja pengawalseliaan serta standard teknikal yang melindungi data peribadi.

    Para pemimpin turut menggariskan komitmen mereka kepada mempromosikan kerjasama maritim, meningkatkan kesalinghubungan penduduk, menyokong pembangunan serantau, memanfaatkan teknologi dan mempromosikan inovasi, menangani perubahan iklim serta memelihara keamanan dan membina kepercayaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...