Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sidang bakal bincang isu bebaskan Masjid Al-Aqsa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Yayasan MyAQSA Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan The Global for Quds and Palestine (GCQP) menganjurkan Sidang Kemuncak Ulama Sedunia 2022 yang bertemakan ‘Perpaduan sebagai Asas Pembebasan Palestin’ yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, selama tiga hari bermula esok hingga 22 Mei.

    Hadir mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin dan turut mengiringi beliau ialah Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Muhd Ahmad Roza bin Haji Daud telah bertolak ke Kuala Lumpur, hari ini.

    Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob juga selaku penaung acara tersebut akan dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat bagi pembukaan rasmi sidang berkenaan.

    Acara tersebut akan mengumpulkan seramai 150 orang ulama terkemuka dari seluruh dunia, yang bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan umat Islam dalam memperjuangkan pembebasan Masjid Al-Aqsa.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar bersama Haji Muhd Ahmad Roza telah berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ulama Sedunia 2022. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...