Sidang kemuncak antara Korea perlu

SEOUL, 13 JUN – Menteri Penyatuan Korea Selatan Kim Yeon Chul pada Khamis menekankan keperluan bagi mengadakan sidang kemuncak antara Korea sehari selepas Presiden Moon Jae In melahirkan hasrat untuk bertemu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un lewat bulan ini, lapor agensi berita Yonhap.

Kim membuat kenyataan itu ketika berucap dalam satu forum yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun pertama sidang kemuncak antara Korea yang berlangsung di Pyongyang pada 15 Jun 2000 antara Presiden Kim Dae Jung dan Kim Jong Il. “Berbekalkan semangat saling menghormati, mempercayai, keamanan dan timbal balik yang termaktub dalam sidang kemuncak 15 Jun, (kami) akan terus melaksanakan deklarasi bersama Selatan-Utara dan tidak akan menghentikan perjalanan kami untuk keamanan di Semenanjung Korea,” kata menteri itu. – Bernama