Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Sidang kemuncak ASEAN-Jepun diadakan di Tokyo pada Disember

    HIROSHIMA, JEPUN, 26 MEI – Sidang kemuncak bagi memperingati ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerja-sama ASEAN-Jepun akan diadakan di Tokyo, Jepun pada Disember ini.

    Timbalan Setiausaha Kabinet untuk Hal Ehwal, Pengarah Komunikasi Global, di Pejabat Perdana Menteri Jepun, Adachi Hideaki, berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sidang kemuncak itu. 

    “Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 kerjasama ASEAN-Jepun dan Jepun akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu pada Disember di Tokyo. Jadi, saya berharap Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri-nya,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama TV baru-baru ini di Hiroshima, Bagi meraikan peristiwa penting itu, ASEAN dan Jepun bersetuju untuk menetapkan tahun 2023 sebagai Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun yang bertemakan Golden Friendship, Golden Opportunity. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -