Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang kemuncak dibatalkan

    GENEVA, 25 Mei – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangannya dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, membatalkan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua.

    Beliau menggesa kedua-dua pihak untuk meneruskan perbincangan demi ‘mencari penyelesaian damai dan mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear’.

    “Kita kini hidup pada saat merbahaya. Ketegangan akibat perang dingin muncul kembali terhadap dunia yang semakin kompleks,” katanya ketika berucap di Universiti Geneva kelmarin.

    Seorang lelaki berjalan di hadapan skrin besar di Tokyo yang memaparkan laporan berita tentang Presiden AS Donald Trump membatalkan pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, kelmarin. – AFP

    Beberapa jam sebelum itu, Trump menyatakan hasratnya membatalkan Sidang Kemuncak dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang dijadual berlangsung pada 12 Jun di Singapura.

    Hasrat Trump itu disampaikan melalui surat yang dialamatkan kepada Kim.

    Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in kesal berhubung pembatalan sidang kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua memetik pejabat presiden (Rumah Biru) hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda