Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sidang kemuncak digital China ke-5 dibuka

    FUZHOU, CHINA, 25 JULAI – Sidang Kemuncak Digital China ke-5 telah dibuka di Fuzhou, wilayah Fujian pada 23 Julai. Ia dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik Negara bagi Majlis Negeri dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian.

    Bertemakan ‘Transformasi Baharu yang dipacu oleh Inovasi, Paradigma Baharu yang diterajui Pendigitalan’, sidang kemuncak itu berada pada kedudukan sebagai sebuah platform untuk menerbitkan dasar-dasar China mengenai pembangunan aplikasi IT, sebuah platform untuk memaparkan pencapaian terkini di dalam pembangunan digital China, sebuah platform untuk pertukaran mengenai teori, amalan dan pengalaman e-kerajaan dan ekonomi digital, dan satu platform kerjasama untuk mengumpulkan sumber global bagi menggalakkan pembangunan digital China.

    Ia terdiri daripada lapan bahagian: majlis perasmian, forum utama, pengeluaran dasar, sub-forum, pameran pencapaian, ekspo produk digital, Peraduan Inovasi Digital China, DCIC 2022, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou. – Bernama

    Sidang Kemuncak Digital China ke-5 dibuka di bandar raya Fuzhou, wilayah Fujian, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...