SEOUL, 13 Ogos – Korea Utara dan Korea Selatan hari ini bersetuju mengadakan sidang kemuncak di Pyongyang pada September, agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan susulan rundingan peringkat tertinggi di Zon Bebas Tentera yang membahagi semenanjung itu.
Kedua-dua belah pihak ‘bersetuju pada rundingan itu untuk mengadakan sidang kemuncak Korea Utara dan Korea Selatan di Pyongyang pada September seperti yang dirancang’, Yonhap memetik kenyataan bersama tanpa menyatakan tarikh tepat.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)