Sidang kemuncak EU-China ditangguhkan

BERLIN, 4 JUN – Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU)-China, yang dijadual pada 14 September di Leipzig, Jerman ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Perkara itu dipersetujui hasil perbincangan menerusi telefon antara Canselor Jerman Angela Merkel dengan Presiden Xi Jinping dan Presiden Majlis Eropah Charles Michel.

“Sidang kemuncak EU-China dijadual pada 14 September 2020 di Leipzig dan kedua-dua pemimpin bersetuju ia tidak dapat diadakan kerana COVID-19, tetapi akan diadakan kemudian,” kata jurucakap kerajaan Jerman Steffen Seibert. – Bernama