Sidang kemuncak EU tangani krisis Belarus

BRUSSELS, 19 OGOS – Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengadakan sidang kemuncak video tergempar pada hari ini untuk membincangkan krisis di Belarus, ketika pemimpin pembangkang negara itu mendesak mereka supaya menolak pemilihan semula Presiden Alexander Lukashenko yang dipertikaikan.

Perancis, Jerman dan Presiden Majlis EU, Charles Michel, semua mendesak sekutu rapat Lukashenko, Rusia, supaya mengadakan dialog untuk mengakhiri krisis secara damai, setelah perkhidmatan keselamatan meleraikan tunjuk perasaan dengan kekerasan.

EU telah mengusahakan sekatan baharu ke atas Belarus, yang menyasarkan mereka yang terlibat dalam penetapan undian pada 9 Ogos.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah berkata bahawa negaranya mungkin campur tangan dalam krisis dan minggu ini memberi amaran terhadap campur tangan asing yang tidak dapat diterima di Belarus atau tekanan ke atas kepimpinannya.

Ketika mesyuarat bermula, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte berkata EU tidak dapat menerima keputusan pilihan raya tersebut dan meminta tindakan tegas diambil. – AFP