Sidang kemuncak iklim global 12 Disember

AMERIKA SYARIKAT, 24 SEPT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Britain akan menganjurkan bersama sidang kemuncak iklim global 12 Disember ini.

Menurut agensi dunia itu, sambutan itu diadakan sempena ulang tahun kelima Perjanjian Paris. Pengumuman mengenai penganjuran sidang kemuncak itu dibuat beberapa hari selepas Presiden China, Xi Jinping mendedahkan kepada PBB bahawa pelepasan pencemaran gas rumah hijau terbesar di dunia akan memuncak pada 2030.

Jinping juga memberitahu badan dunia itu berhubung perancangan untuk menuju ke arah karbon neutral pada 2060 iaitu langkah yang disambut baik oleh ahli alam sekitar. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata perihal berhubung darurat iklim adalah di bawah tanggungjawab badan dunia itu dan ia tidak boleh dilengahkan.

Dunia berada kekal di luar ‘landasan’ bagi mengehadkan kenaikan suhu sedunia kepada 1.5 darjah Celsius hingga akhir abad ini di mana saintis berkata ia adalah kritikal untuk mencegah pemanasan berterusan yang akan menjadikan bumi ini ‘tenat’ untuk dihuni.

Sehubungan itu, melalui kenyataan dikeluarkan PBB, dalam berdepan keadaan kritikal itu, Guterres dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan menganjurkan bersama acara penting sedunia itu yang menghimpunkan barisan pemimpin dunia untuk mengumpulkan lebih banyak tindakan dan aspirasi berhubung isu iklim.– AFP