Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Sidang Kemuncak Perniagaan Bangladesh 2023 bermula

DHAKA, 12 MAC – Bangladesh menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Bangladesh 2023, di sini kelmarin.

Sidang kemuncak tiga hari itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan lagi sektor perdagangan, perdagangan dan pelaburan, lapor Xinhua.

Perdana Menteri, Sheikh Hasina merasmikan sidang kemuncak itu yang turut diadakan bersempena memperingati Jubli Emas Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bangladesh (FBCCI).

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh FBCCI dengan kerjasama Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan dan Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Bangladesh.

Ia berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Bangabandhu di Dhaka.Menteri daripada tujuh negara termasuk Britain, Arab Saudi, China, Bhutan, Emiriah Arab Bersatu, pegawai kanan 12 syarikat multinasional serta lebih 200 pelabur asing dan pemimpin perniagaan dari 17 negara di dunia menyertai sidang kemuncak itu.

Menurut FBCCI, sidang kemuncak yang dijangka menjadi acara perniagaan utama Bangladesh itu, bertujuan untuk menyerlahkan kekuatan ekonomi dan pasaran serta peluang perdagangan dan pelaburan di negara ini. – Bernama 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -