Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang kerja atur pelan ekonomi China 2025

    BEIJING, 13 DIS – Sidang Kerja Ekonomi Pusat China diadakan di sini pada 11 hingga 12 Disember. 

    Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025. 

    Menurut sidang itu, ekonomi negara Tembok Besar ini beroperasi dengan stabil pada keseluruhannya, berkembang baik berikutan pembangunan berkualiti tinggi dipergiat secara teratur. Sasaran utama bagi pembangunan sosioekonomi negara sepanjang tahun ini dijangka akan tercapai. 

    Dalam sidang itu ditegaskan, adalah perlu untuk memelihara kemantapan di samping mengejar pertumbuhan, mengamalkan falsafah pembangunan baharu secara lengkap, tepat dan komprehensif, mempercepat pembinaan paradigma pembangunan baharu, mendorong pembangunan berkualiti tinggi, mempergiat pembaharuan secara menyeluruh, serta meningkatkan tahap keterbukaan. 

    Sidang itu menetapkan langkah-langkah bagi kerja ekonomi pada 2025.

    Antaranya termasuk menggalakkan penggunaan, meningkat keefisienan pelaburan dan merangsang permintaan domestik, sementara itu, menggalakkan pembangunan kuasa produktif kualiti baharu dibimbing inovasi sains dan teknologi, membina sistem perindustrian moden. – Bernama

    Pemandangan udara menunjukkan kereta dan pikap menunggu untuk dipunggah ke kapal untuk dieksport di pelabuhan Lianyungang, wilayah Jiangsu, timur China pada 12 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda