Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang OPEC+: Rangsang pengeluaran, had harga minyak

    LONDON, 1 JULAI – Negara-negara pengeluar minyak terbesar hari ini dijangka akan bersetuju untuk merangsang pengeluaran pada Ogos untuk memenuhi permintaan semakin meningkat dan mengehadkan harga meningkat baru-baru ini.

    Harga minyak mentah telah meningkat semula ke paras yang pernah disaksikan dahulu pada Oktober 2018 yang pada biasanya akan menyokong pertikaian dalam merangsang pengeluaran.

    India, pengguna minyak mentah ketiga terbesar di dunia telah menggesa kumpulan teratas pengeluar minyak OPEC+ untuk mengurangkan harga minyak semasa secara berpe-ringkat dan membenarkan harganya turun kerana tekanan inflasi telah mengancam untuk menjejaskan pemulihan ekonomi.

    Anggota OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi mula untuk bersidang hari ini menerusi telesidang.

    Sidang itu juga akan disertai sama oleh 10 negara-negara penghasil minyak yang diketuai oleh Rusia sekitar jam 3 petang.

    Menteri Minyak Angola, Diamantino Azevedo yang pada masa ini memegang kepresidenan OPEC berkata walaupun permintaan minyak dijangka melantun kukuh pada separuh kedua tahun ini, ‘bukan masanya untuk bersikap sambil lewa’.

    “Koronavirus terus mengorbankan ramai orang dengan ribuan nyawa masih lagi berisiko setiap hari,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda