Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Sidang Peace Day sempena Global Citizenship Week

Oleh Mu’min Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Dengan hasrat mendedahkan pelajar-pelajar kepada keamanan dan keharmonian global dari kecil, Sidang Peace Day bersempena Global Citizenship Week telah diadakan di perpustakaan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS), baru-baru ini.

Sidang secara maya berkenaan disertai oleh kira-kira 10 pelajar SMSIS dengan dibimbing dua tenaga pengajar. Persidangan turut disertai oleh Destiny International School (DIS), Johor dan Malacca Expatriate School (MES).

Persidangan itu dimulakan dengan pengenalan pelajar-pelajar dari tiga buah sekolah dengan menggunakan aplikasi Zoom yang dihoskan oleh SMSIS di bilik khas Unit Pembelajaran Digital.

Pelajar DIS memulakan perbincangan dengan memperkenalkan pelbagai kaum dan bangsa yang ada di Malaysia dan perbezaan budaya dan perayaan yang disambut di negara itu seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Depavali.

“Semangat perpaduan boleh dilihat apabila Malaysia dilanda banjir besar dan rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum telah bersatu menghulurkan bantuan seperti menyediakan tempat berlindung, catuan makanan dan sebagainya,” jelas salah seorang pelajar dari DIS.

“Selain itu, terdapat juga perbezaan yang ketara melalui penyampaian bahasa antara bangsa Melayu, Cina dan India, tidak lupa perbezaan dari segi makanan tradisional. Namun, melalui keunikan itu kita mampu menghargai perbezaan,” tambahnya.

Manakala itu, pelajar dari SMSIS pula telah menggariskan beberapa cara untuk menghentikan perkauman dan menggalakkan keamanan, antaranya memberi layanan yang baik tanpa mengira bangsa, umur dan jantina, terima perbezaan pendapat, elakkan stereotaip, peka dengan bahasa yang digunakan dan mempertahankan mangsa perkauman.

Pelajar SMSIS ketika mendengar perbincangan yang disampaikan oleh DIS.
Hos Persidangan Peace Day di bilik khas Unit Pembelajaran Digital.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -