Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sidang YSEALI Brunei fokus isu iklim

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Selepas beberapa siri aktiviti maya pra-penglibatan yang memfokuskan kepada isu iklim di Asia Tenggara, Sidang Kemuncak Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) Brunei 2022 telah bermula semalam untuk lebih 100 peserta dari 10 negara anggota ASEAN dan Timor-Leste.

    Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam bekerjasama dengan Big BWN Project dan Biji-biji Initiative yang berpangkalan di Malaysia dalam mewujudkan sidang kemuncak itu yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang penuh pengalaman dan mendalam kepada peserta.

    Menurut kenyataan Kedutaan AS, sidang kemuncak selama sebulan itu, yang akan diadakan dalam format bersemuka dan secara maya sepanjang Jun, dimulakan dengan majlis perasmian maya, kelmarin.

    Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Duta Besar AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn McClelland dan Timbalan Penolong Setiausaha Utama Jabatan Negara AS untuk Lautan dan Alam Sekitar Antarabangsa dan Hal Ehwal Saintifik, Jennifer J.R. Littlejohn.

    PYT Caryn McClelland dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN yang diadakan di Washington, D.C., baru-baru ini.

    “Perubahan iklim menjadi agenda utama bagi perhimpunan ketua-ketua negara itu, dan ia merupakan isu utama Sidang Kemuncak YSEALI 2022 ini di bawah tema ‘Memperkasakan Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Hijau’,” katanya.

    Menurut beliau, perubahan iklim adalah ancaman global jangka panjang terbesar yang kita hadapi.

    “Perlumbaan untuk mencari penyelesaian kepada ancaman itu akan menuntut inovasi, kerjasama dan tenaga belia. Pada masa yang sama, usaha untuk menyelamatkan planet kita ini juga akan mencipta teknologi baharu dan kerjaya baharu. Peluang-peluang itu akan diketengahkan dalam Sidang Kemuncak YSEALI ini,” jelasnya.

    Rakaman ucapan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Abdulla Shahid turut ditayangkan semasa sesi maya tersebut, diikuti dengan ucapan secara langsung daripada Duta Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) 2021 ke Asia Pasifik dan Asia Selatan, Ken O’Flaherty.

    Dengan tumpuan khas pada penyelesaian teknologi dan kaedah mitigasi dan penyesuaian iklim abad ke-21, aktiviti sidang kemuncak termasuk satu siri perbincangan panel dalam talian dengan pakar iklim, siri pembangunan kepimpinan, pameran teknologi yang menampilkan organisasi yang secara aktif mengurangkan perubahan iklim melalui penyelesaian teknologi, serta cabaran ekologi secara peribadi dan aktiviti sukarelawan neutral karbon.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...