Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Siemens lancar kereta api hidrogen

    BERLIN, 8 MEI – Syarikat gergasi industri Jerman Siemens baru-baru ini melancarkan kereta api hidrogen pertama yang dibangunkan bersama operator kereta api Deutsche Bahn, dengan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan di rantau menjelang 2024.

    Lokomotif yang menggunakan elektrik yang dihasilkan oleh sel bahan api hidrogen ‘harus mengganti kereta api diesel dalam lalu lintas serantau dan mengurangkan pelepasan karbon kereta api kepada sifar,’ kata Deutsche Bahn dalam satu kenyataan.

    Kereta api hidrogen membentuk sebahagian daripada rancangan kerajaan Jerman untuk ‘mengubah 75 peratus daripada rangkaian kereta api kepada elektrik menjelang 2030,’ kata Michael Theurer, setiausaha negeri di kementerian pengangkutan.

    Sel bahan api menghasilkan elektrik bersih daripada tindak balas menggunakan hidrogen dan oksigen memandangkan satu-satunya pelepasan adalah air.

    Sementara kebanyakan hidrogen datangnya daripada industri gas sekarang, model kereta api Siemens bernama Mireo Plus H akan menggunakan ‘hidrogen hijau’ daripada tenaga mampan.

    ”Setiap kereta api yang dihantar akan menjimatkan sehingga 45,000 tan karbon dioksida untuk jangka hayat 30 tahun,” kata Michael Peter, yang mengetuai Siemens Mobility.

    Jika segala-galanya berjalan lancar, Mireo Plus H akan memulakan percubaannya di barat daya Jerman pada 2023, sebelum beroperasi secara komersial pada 2024, sekali gus membawa penumpang di antara Tuebingen, Horb dan Pforzheim. – AFP

    Michael Peter bergambar di depan kereta api Mireo Plus H yang dibangunkan bersama operator Deutsche Bahn dilancarkan di kilang Siemens Mobility semasa sidang media di Krefeld, Jerman baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...