Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sienta tampil menarik

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Toyota sentiasa memahami kehendak atau keperluan pelanggan, tidak kira daripada segi prestasi, gaya, keselamatan mahupun kekeluargaan. Dalam era serba moden ini, Toyota menghasilkan keluaran baharu yang mesra keluarga iaitu Toyota Sienta yang setentunya dikhaskan bagi yang berkeluarga.

    Sienta baharu merupakan generasi kedua dihasilkan sebagai sebuah kereta segmen Kompak Kenderaan Serba Guna (MPV) mempunyai ruang yang luas mampu memuatkan tujuh orang penumpang.

    Tetapi apakah kelebihan kereta ini berbanding MPV yang lain? Toyota Sienta mempunyai banyak kelebihan, dengan harga yang berpatutan, pemiliknya akan merasa puas apabila memiliki kereta ini.

    Selain memiliki Smart Entry dan sistem punat menghidupkan dan mematikan enjin, model ini melengkapkan dengan sistem audio skrin sentuh berukuran 6.8″ dengan pemain DVD.

    Semasa melakukan uji pandu, melihat penampilan luaran menampilkan seperti sebuah pesawat angkasa, walaupun ia dianggap berlainan tetapi ia sesuai dengan kelengkapan teknologi disediakan dalam model ini. Lampu LED berbentuk-V di bahagian lampu utama dan belang, 16″ rim aloi menambah lagi nilai tambah untuk dijadikan sebagai sebuah kereta memasuki era kemodenan.

    Toyota Sienta yang memenuhi keperluan keluarga moden.
    Toyota Sienta memberikan fungsi hebat dengan ruang luas bagi semua penumpang.
    Pintu di bahagian tepi kereta tersebut berkonsepkan pintu slaid yang dibuka secara automatik dari punat depan berhampiran stereng kereta.

    Apa yang menakjubkan lagi, pintu belakang kereta tersebut berkonsepkan pintu slaid yang dibuka secara automatik dari punat depan berhampiran stereng kereta. Pintu slaid di bahagian kedua-dua sisi juga mampu dibuka secara automatik melalui kunci kawalan jauh. Kanak-kanak atau warga emas mudah memasuki ruang belakang kereta kerana adanya lantai rendah selepas slaid dibuka.

    Jika dilihat dari luar, Sienta hanya berbadan sederhana bagi MPV tetapi model ini mampu mengisi barangan lebih banyak dengan melipat rata kerusi di bahagian barisan kedua dan ketiga untuk memperluaskan lagi kapasiti penyimpanan.

    Perjalanan bersama keluarga ke mana sahaja menggunakan Sienta tidak menjadi masalah kerana kereta ini dimuatkan dengan enjin 1.5L CVT Petrol. Enjin 2NR-FE teknologi dual VVTi cukup untuk membawa barangan berat dengan menghasilkan 6,000rpm.

    Apa yang patut dipuji penghasil gergasi Toyota, Toyota Sienta memahami keperluan keluarga semasa di dalam kereta iaitu untuk menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan, antaranya penambahan ruang penyimpanan di bahagian depan papan pemuka, ruang penyimpanan minuman pemandu dan penumpang depan dan belakang, tray konsol di tengah, ruang penyimpanan botol dan telefon tempat duduk barisan ketiga.

    Penampilan model ini juga agak berbeza daripada MPV yang ada sebelum ini.

    Pemandangan memandu agak luas, sungguh tertarik dengan reka bentuk bagi pemandangan pemandu yang begitu luas dan pemandu mampu melihat hampir keseluruhan persekitaran. Kebijakan mengurangkan rangka di bahagian sudut pemandu dan penumpang depan dapat menambah konsentrasi penglihatan luaran terutama keselamatan membuat lencongan atau memasuki simpang.

    Gegaran daripada perjalanan melalui kawasan tidak rata terbukti semasa diuji keselesaannya, dengan adanya bantuan dari suspension MacPherson Struts dan torsion beam, Sienta akan memberi perjalanan lancar pada bila-bila masa.

    Antara kelengkapan keselamatan yang dimuatkan di dalam kereta ini termasuk beg udara Dual SRS dan beg udara lutut, kawalan bantuan Hill Start (HSA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Sistem Anti-Lock Brake dengan tambahan Electronic Brake Force Distribution (EBD), sistem pengurangan kecederaan Whiplash (WIL) dan pemasangan standard ISOFIX serta tali pinggang keselamatan bagi kesemua tujuh penumpang dalam kereta itu.

    Secara keseluruhan, apa yang ditawarkan MPV dari Toyota ini merupakan kecemerlangan dan konsistensi, sama ada daripada segi nilai, penampilan, kabin serba boleh. Kenderaan keluarga ini boleh menjadi kereta kegunaan berkeluarga yang sesuai untuk keperluan pengangkutan keluarga mahupun membawa barangan yang banyak.

    Ketika ini, NBT Brunei Sdn Bhd menyediakan dua varian model Sienta iaitu 1.5 CVT 7-kelajuan automatik dan 1.5 6-kelajuan manual, orang ramai boleh membuat uji pandu di Bilik Pameran Toyota NBT Brunei Sdn Bhd, di Gadong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda