Sifar pesakit COVID-19 di hospital Wuhan

BEIJING, 26 APRIL – Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China, wilayah paling teruk dilanda wabak itu, menurun kepada sifar, kata seorang pegawai kesihatan hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Kejayaan itu hasil usaha keras pekerja perubatan di Wuhan dan mereka yang dihantar untuk membantu memerangi virus maut itu, kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan China Mi Feng pada sidang media di Beijing. – Bernama