Sifar positif pusingan terakhir ujian virus EPL

LONDON, 7 JUN – Rancangan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kembali semula pada 17 Jun ini mendapat dorongan baharu selepas pusingan terakhir ujian COVID-19 tidak menemukan sebarang kes positif yang baharu.

Sebanyak 1,195 pemain dan kakitangan kelab menjalani ujian saringan COVID-19 edisi keenam, yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu.

“Liga Perdana Inggeris dapat mengesahkan bahawa pada hari Khamis 4 Jun dan Jumaat 5 Jun, seramai 1,195 pemain dan kakitangan kelab telah pun menjalani ujian COVID-19. Daripada jumlah tersebut, sifar telah positif,” kata EPL dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu bermaksud hanya ada yang telah disahkan 13 positif dari keseluruhan 6,274 ujian yang dilakukan terhadap pemain dan kakitangan kelab EPL. – AFP