Sigma Systems lancar Inventori Portfolio Sigma

Toronto, 8 Nov – Sigma Systems, pemimpin dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan pelancaran Inventori Portfolio Sigma, inovasi terkini di dalam portfolio Cipta-Jual-Hantar Sigma.

Penting untuk mencapai penukaran pesanan, daya pemprosesan dan kadar pengewangan yang tinggi di dalam satu cara yang berautomatik, penyedia perkhidmatan memerlukan akses yang segera dan komprehensif kepada inventori portfolio pelanggan yang sedia ada – produk yang mereka pesan, perkhidmatan yang diaktifkan bagi produk tersebut dan sumber-sumber yang telah diperuntukkan bagi perkhidmatan tersebut.

Pelbagai lapisan bagi inventori portfolio ini – inventori produk pelanggan, inventori perkhidmatan yang dipasang, dan inventori sumber yang diperuntukkan – adalah apa yang memaklumkan laluan pemprosesan kritikal pesanan-kepengaktifan-ketunai di dalam setiap pembekal perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan penyedia perkhidmatan, kebanyakan daripada maklumat ini tersebar di seluruh infrastruktur mereka dalam cara yang berpecah-pecah dan terpencil.

Keadaan berselerak bagi data penting ini, sebagai contoh, merupakan satu penyebab utama bagi tahap kejatuhan pesanan yang tinggi, yang membawa kepada campur tangan manual yang membabitkan kos yang tinggi dan pengalaman yang ternyahgred untuk kedua-dua pelanggan B2C dan B2B.

Inventori Portfolio Sigma menangani cabaran-cabaran ini secara berdepan dengan memusatkan data inventori portfolio sumber-perkhidmatan-produk ke dalam sebuah induk tunggal dan kemudian menjadikan data itu tersedia secara meluas untuk diakses dan pengurusan oleh mana-mana sistem luaran melalui sebuah lapisan API berasaskan mikroservis.

Ia menggabungkan seni bina berasaskan katalog yang sama yang menguasai produk Sigma dan mematuhi piawaian API Terbuka Forum TM. Dengan menyediakan sebuah platform pengurusan data tunggal yang disatukan, Inventori Portfolio Sigma melengkapkan aplikasi BSS dan OSS yang sedia ada, yang membolehkan pembekal perkhidmatan untuk menguruskan pandangan yang komprehensif mengenai apa jenis produk dan perkhidmatan yang ada oleh pelanggan mereka berdasarkan kepada tempahan yang telah dipenuhi. – Bernama