SWANSEA, 1 Feb – Jaringan menerusi bintang Iceland, Gylfi Sigurdsson (gambar) telah memastikan kemenangan penting 2-1 Swansea ke atas Southampton awal pagi tadi, buat kali pertama mereka memenangi dua perlawanan berturut –turut dalam Liga Perdana pada musim ini.
Jaringan kemenangan daripada Sigurdsson itu mengekalkan pendahuluan tuan rumah selepas pemain antarabangsa Ireland, Shane Long menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Alfie Mawson.
Kemenangan itu menyaksikan Swansea, yang mana persembahan dan nasib mereka bertukar baik sejak Paul Clement dilantik awal bulan ini, masih lagi di luar tiga tangga tercorot dengan kutipan mata yang sama dengan Middlesbrough dan juara Leicester serta kelebihan dua mata dari pasukan ketiga tercorot, Crystal Palace.
Southampton, yang mengalami kecederaan lapan pemain termasuk pemain pertahanan Virgil van Dijk, tidak keluar dari masalah ketika mereka masih lapan mata di atas zon penyingkiran.
Bagaimana pun, beraksi dengan keyakinan baru di bawah kendalian Clement, Leroy Fer memaksa Fraser Forster untuk menyelamatkan kedudukan dan hasil sepakan sudut Siugrdsson, Mawson membuat tandukan bagi jaringan pembukaan. – AFP