Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sijil pulih, QR ART diperkenalkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kementerian Kesihatan hari ini memperkenalkan ciri-ciri baharu pada aplikasi BruHealth yang akan bermula pada jam 10 malam 24 Mac ini.

    Ciri-ciri tersebut termasuklah Sijil Pulih (Recovery Certificate) khusus untuk bekas pesakit COVID yang mengesahkan bahawa mereka telah menamatkan kuarantin dan sembuh daripada koronavirus.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengumumkan ciri-ciri baharu itu pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, ia adalah sijil digital rasmi yang merupakan ciri baharu di dalam aplikasi BruHealth yang boleh dimuat-turun untuk dicetak secara hardcopy, jika diperlukan oleh mana-mana pihak yang memerlukan bukti kesembuhan secara rasmi dari Kementerian Kesihatan.

    Manakala bagi ciri kedua ialah ujian antigen pantas (ART) dengan kod QR yang telah dikemaskini untuk mengintegrasikan pengimbasan kod QR yang terdapat pada kit ART dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan.

    “Tujuan pengimbasan Kod QR ini adalah untuk memastikan kit ART yang digunakan adalah unik dan tidak diguna pakai berulang kali oleh mana-mana pihak, khususnya bagi pesakit-pesakit COVID-19 yang menerima pakej penjagaan kesihatan, penjawat-penjawat awam; tetamu-tetamu bagi acara rasmi kerajaan dan inbound travellers. 

    “Walau bagaimanapun, ciri ART ini masih boleh digunakan untuk membuat laporan kit ART yang tidak mempunyai kod QR,” ujar Yang Berhormat Dato.

    Gambar fail BruHealth. Terdapat penambahan baharu dalam aplikasi itu diumum kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...