KUALA LUMPUR, 23 OKT – Semangat juang tinggi serta prinsip tidak mengenal putus asa pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder dalam beberapa perlumbaan kategori Moto3 Kejohanan Motosikal Grand Prix (GP) musim ini menjadi faktor utama Petronas Sprinta Racing menawarkan kontrak setahun kepadanya.
Prinsipal Petronas Sprinta Racing Datuk Razlan Razali mendedahkan, pengurusan pasukan tertarik dengan sikap pelumba pasukan CIP Green Power itu yang sentiasa berjuang meraih kedudukan podium pada perlumbaan sebenar walaupun gagal meraih keputusan positif pada sesi kelayakan.
Binder seorang pelumba yang berusaha gigih untuk meraih kedudukan podium walaupun berhadapan pelbagai halangan dan akhirnya dia mendapat dua penyudah podium
tahun ini, kata beliau. – Bernama