Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sikap kita pengotor?

    Kehidupan yang selesa bukan saja khusus pada tempat tinggal namun persekitaran yang tenang dan bersih.

    Menjaga kebersihan perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana budaya tersebut juga ada hubung kait dengan soal ibadah dan keimanan.

    Di samping itu, dengan menerapkan kebersihan, ia dapat menjaga nama atau imej sesebuah negara dan memastikan pembiakan penyakit berpunca dari tikus, lalat, lipas dan sebagainya dapat dicegah.

    Negara yang kotor juga menunjukkan masyarakatnya tidak bertamadun kerana sampah-sarap yang dibuang merata-rata amat menyakitkan pandangan mata.

    Sebagaimana baru-baru ini, saya melintasi beberapa kawasan pembuangan sampah yang dibiarkan dilonggokkan begitu sahaja tanpa dibuang di tempat yang disediakan walhal tempat yang disediakan masih dapat menampung sampah jika diuruskan dengan betul.

    Sampah-sarap dibuang merata-rata di salah satu tempat pembuangan sampah yang dikatakan penulis. – Gambar serahan penulis​

    Kenapa perlu berbuat demikian? Di mana sikap pembersih kita? Adakah kita hanya mengharapkan pekerja yang bekerja di sana untuk membuang sampah yang dilonggokkan? Jangan alasan kerana mengejar masa untuk membuat persiapan raya dan sebagainya sehingga tidak mampu membuang di tempat yang disediakan. Kalau sudah tahu tidak ada yang bekerja pada 1 Syawal sebagai individu perlu bertimbang rasa membuang sendiri ke tempat yang disediakan.

    Sebagai seorang individu kita tidak perlu mementingkan diri sendiri kerana jika kita terus membuang sampah merata tempat setentunya akan menimbulkan pencemaran bau yang boleh mengundang kehadiran segala serangga dan binatang yang membawa penyakit ke tempat tersebut.

    Setiap orang seharusnya memainkan peranan jikalau nampak ada sampah walaupun kecil, kutip dan buang.

    Aspek kebersihan itu memupuk hidup bermasyarakat, tidak kira sama ada di rumah, tempat kerja, sekolah dan sebagai-nya, kebersihan itu merupakan satu cara hidup yang mulia.

    Kebersihan adalah cermin diri kita sebagai individu, masyarakat serta negara dan jika kita memiliki kawasan bersih dapat menenangkan hati dan dapat menikmati udara segar.

    Sama-sama jaga kebersihan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...