Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Siklon Batsirai ragut 10 nyawa

    KIGALI, RWANDA, 7 FEB – Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas Siklon Tropika Batsirai melanda pantai timur Madagascar pada sebelah malam, kata agensi pengurusan bencana negara itu semalam.

    Beberapa mangsa di bandar Ambalavao, kira-kira 460 kilometer di selatan ibu negeri Antananarivo turut maut selepas kediaman mereka runtuh, lapor agensi Anadolu memetik Biro Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan.

    Paras air di sepanjang laluan siklon itu dijangka mencapai kemuncak antara Ahad dan Isnin dan amaran banjir telah dikeluarkan bagi sungai Mananjary dan Fiherenana, kata agensi itu.

    Menurut laporan awal, 250,000 orang terjejas akibat bencana alam itu, katanya.

    Kawasan yang paling teruk terjejas adalah tenggara Mananjary, berikutan angin kencang dan hujan memusnahkan rumah dan infrastruktur bangunan, termasuk sekolah dan hospital. – Bernama

    Seorang lelaki duduk di atas bangku di tengah pokok-pokok yang tumbang di taman awam di pusat Antsirabe selepas dibadai siklon Batsirai pada 6 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...