Siklon Burevi ancam Sri Lanka, India

COLOMBO, 2 DIS – Sri Lanka dan selatan India bersiap sedia menghadapi ketibaan siklon kedua yang dijadual tiba dari Teluk Bengal hari ini.

Burevi akan membawa angin dengan kelajuan 100 kilometer sejam apabila ia mendarat hari ini di Sri Lanka sebelum bergerak ke barat dan melanda India kira-kira 24 jam kemudian, menurut ahli kaji cuaca.

Amaran arus pasang setinggi satu meter dan hujan 20 sentimeter telah dikeluarkan dan Sri Lanka mengarahkan penutupan sekolah selama tiga hari di utara dan timur dan memberitahu nelayan supaya tinggal di darat. Pasukan Respons Bencana Negara India (NDRF) berkata lewat semalam ia telah menghantar 26 pasukan di seluruh selatan negeri Tamil Nadu dan Kerala.

“Bersedia untuk siklon,” kata ketua pengarah NDRF di Twitter hari ini.

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan satu amaran di beberapa kawasan di kedua-dua negeri dan menggantung aktiviti penangkapan ikan sehingga Jumaat.

Lewat Khamis, siklon yang lebih kuat terlepas utara Sri Lanka tetapi membadai Tamil Nadu, menumbangkan pokok dan membawa turunan hujan 30 sentimeter di sesetengah kawasan. – AFP