Siklon tropika diramal badai Thailand

BANGKOK, 20 MEI – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut yang diramal melanda kebanyakan wilayah Thailand sehingga Khamis, dicetuskan oleh siklon tropika Amphan di Teluk Bengal, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Siklon tropika Amphan dengan kelajuan angin maksimum kira-kira 180 kilometer sejam, bergerak ke utara dan diramal melanda Bangladesh antara 20-21 Mei.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati kemungkinan hujan lebat dan banjir kilat serta laut bergelora.

Ombak di Laut Andaman dijangka setinggi dua meter atau lebih dan bahaya untuk bot-bot kecil.

Sebanyak 40 peratus keseluruhan kawasan Bangkok dan wilayah sekitarnya dijangka mengalami ribut petir. – Bernama