Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Silva harap tiada yang cedera

    LONDON, 15 NOV – Marco Silva berharap pemain Fulham yang menyertai Piala Dunia akan pulang dari Qatar tanpa sebarang kecederaan dan kekal cergas untuk menghadapi baki musim Liga Perdana Inggeris.

    Dalam perlawanan akhir sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan Piala Dunia, Fulham mengalami kekalahan dramatik 2-1 di laman sendiri menentang Manchester United pada Ahad selepas pemain simpanan, Alejandro Garnacho meledak gol cantik pada penghujung babak permainan.

    Kekalahan adalah sukar buat Fullham apabila The Cottagers mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut dalam peringkat penutup liga, selepas dibolosi pada penghujung waktu permainan menentang Manchester City.

    “Ia satu perkara yang sulit,” kata Silva.

    “Saya mahu semua pemain untuk berehat sebentar. Sudah pasti, saya ucapkan selamat maju jaya kepada pemain yang menyertai Piala Dunia. Ia adalah kejohanan yang bagus dan mereka layak untuk menikmatinya. Jadi, semoga berjaya untuk mereka.”

    Kelab dari London, Fulham mempunyai beberapa pemain yang menyertai Piala Dunia, termasuk Joao Palhinha (Portugal), Harry Wilson dan Daniel James (Wales), Tim Ream dan Antonee Robinson (Amerika Syarikat) serta Aleksandar Mitrovic (Serbia).

    “Mari berharap mereka semua kembali dalam keadaan fizikal yang terbaik,” kata Silva. – AFP

    Reaksi Marco Silva ketika perlawanan antara Fulham dan Manchester United di Craven Cottage, London, baru-baru ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...