Simba – yang pertama lahir guna kaedah persenyawaan

SINGAPURA, 26 JAN – Zoo Singapura telah menyambut seekor anak singa dinamakan Simba yang dibiak menggunakan kaedah persenyawaan, merupakan yang pertama pernah dilakukan di ibu kota tersebut, menurut pegawai zoo.

Sangat jarang bagi singa untuk bunting menerusi permanian beradas dengan prosedur pertama dilaksanakan dengan jayanya pada 2018 – melahirkan dua anak singa di Afrika Selatan.

Bilangan singa dalam hutan liar telah merosot lebih 40 peratus sejak dua dekad lalu, dengan hanya 23,000 hingga 39,000 haiwan dewasa yang tinggal, menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.

Ia menyenaraikan singa sebagai mudah terdedah bahaya.

Anak singa baharu Singapura itu dinamakan sempena karakter utama dalam filem The Lion King terbitan Disney yang diambil daripada semen singa jantan Afrika yang sudah tua, Mufasa yang juga mendapat namanya daripada filem animasi.

Disebabkan keadaan yang terlalu uzur, ia tidak dapat diselamatkan lagi, menurut zoo berkenaan.

Simba yang lahir pada Oktober dan dijaga oleh ibunya Kayla serta penjaga zoo dalam keadaan yang ‘sihat dan aktif’, kata para pegawai.

Satu video juga menunjukkan Simba sedang disusui menggunakan botol
dan bermain-main dengan sebiji bola. – AFP

Gambar yang disiarkan oleh Pusat Hidupan Liar Singapura pada 26 Januari menunjukkan anak singa jantan yang dilahirkan menerusi kaedah persenyawaan di Zoo Singapura. – AFP