LONDON, 7 Mac – Seorang ayah dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun, semalam, setelah lelaki itu terlibat dalam rancangan serangan asid ke atas anak lelakinya yang berusia tiga tahun, mengakibatkan anak damit itu mendapat kesan parut seumur hidup.
Lima orang lelaki yang lain turut didakwa berkaitan serangan itu di mana para pendakwa berkata satu percubaan yang dilakukan oleh si ayah untuk menunjukkan ibu anak damit itu tidak layak menjaga anak mereka.
Menjatuhkan hukuman tersebut, Hakim Robert Juckes berkata “para hakim mahkamah sangat kecewa apabila mereka mendengar berita mengenai seseorang telah menyerang seorang anak damit berusia tiga tahun menggunakan asid sulfur,” kata Juckes, menganggapnya sebagai ‘pelanggaran amanah terbesar.’
Dia berkata, lelaki berusia 40 tahun itu, berasal Afghanistan secara jelas ‘menyediakan asid kuat’ dan ‘pelaku serta perancang’ serangan itu.
Pihak pendakwaan berkata, lelaki itu yang namanya tidak disebut bagi melindungi identiti anak damit itu, berlaku setelah isterinya menghalaunya pada 2015 dan mengupah lelaki lain untuk menyerang anak tersebut di sebuah kedai di bandar Worcester, tengah England. – AFP

































