Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Simmons tidak akan bermain sebelum playoff

    NEW YORK, 5 APRIL – Ben Simmons tidak akan membuat penampilan sulung di Brooklyn Nets sebelum permulaan playoff NBA kerana dia bergelut untuk kembali pulih selepas kecederaan belakangnya, kata jurulatih, Steve Nash kelmarin.

    Pemain bintang Australia, Simmons tidak pernah bermain untuk Brooklyn sejak menyertai kelab tersebut dalam pertukaran daripada Philadelphia 76ers pada Februari lalu.

    Point guard kelahiran Melbourne berusia 25 tahun itu sedang berjuang untuk pulih daripada kecederaan belakang, yang menyebabkan dia tidak dapat berlatih sepenuhnya dengan Brooklyn.

    Jurulatih Nets, Nash berkata kelmarin bahawa Simmons akan terlepas baki musim perlawanan, yang akan berakhir pada Ahad dan kemungkinan besar pada kejohanan play-in minggu depan.

    Nash berkata walaupun Simmons telah menunjukkan tanda-tanda peningkatan dengan mengambil bahagian dalam membuat jaringan mudah dan kekuatan, dia masih jauh dari mencapai kecergasan sepenuhnya.

    Aksi Ben Simmons semasa berada di dalam gelanggang bermain untuk pasukan Brooklyn Nets sebelum mengalami kecederaan. – AFP

    “Dia tidak melakukan apa-apa di dalam gelanggang tetapi jelas dia mula menguatkan diri dan melakukan beberapa jaringan mudah,” kata Nash.

    “Begitu sangat positif namun dari satu sudut, ia tidak seperti kami menjangkakan dia dalam barisan pemain pada minggu depan.”

    Nash berkata Nets tidak akan mempertaruhkan Simmons dalam playoff melainkan mereka pasti tentang kecergasannya. Simmons tidak bermain dalam NBA musim ini.

    “Dalam situasi ini, kami perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatannya dan memastikan kami benar-benar yakin jika dia bersedia untuk bermain dan menyumbang untuk pasukan,” kata Nash.

    Nets berada di tempat ke-10 dalam Eastern Conference dan telah memperoleh tempat dalam kejohanan play-in minggu depan di mana tiket ke pasca-musim akan menjadi taruhan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...