Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Simmtech buka kemudahan pembuatan canggih di Pulau Pinang

BATU KAWAN, 9 MEI – Simmtech, pengeluar papan litar bercetak (PCB) dan substrat pembungkusan untuk semikonduktor yang berpangkalan di Korea Selatan, membuka kemudahan pembuatan termajunya yang pertama di Asia Tenggara di Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Simmtech Asia Tenggara, Jeffery Chun berkata kemudahan pembuatan di bawah anak syarikat Simmtech, Sustio Sdn Bhd itu dijangka memulakan penghantaran volum substrat pembungkusan dan produk PCB secara besar-besaran kepada pelanggan menjelang separuh kedua tahun ini.

Chun berkata kemudahan seluas 7.3 hektar itu akan menjadi kilang kelapan kumpulan itu di samping operasi yang lain di Korea Selatan, China dan Jepun. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -