Simon dirawat di hospital akibat kemalangan

Simon Cowell menjalani pembedahan patah punggung, akibat kemalangan basikal elektrik dan dalam keadaan pemulihan di sebuah hospital, kata seorang jurucakap semalam.

Simon patah punggung di beberapa bahagian setelah terjatuh dari basikal baharu yang dicubanya di halaman rumahnya di Malibu pada Sabtu lalu, kata wakil itu.

Anggota keluarganya hadir. Beliau dalam keadaan baik-baik saja dan terus dalam rawatan setelah pembedahan di hospital, kata jurucakap itu.

Teman wanita Cowell, Lauren Silverman, menema-ninya ke hospital dan dapat bersamanya sebentar.

Pembedahan Cowell semalam mengambil masa enam jam untuk memasukkan batang logam.

Cowell mengalami patah punggung pada Sabtu lalu, semasa menguji basikal elektrik baharu di rumahnya di California. – AP

Walaupun mengalami kesakitan, dia mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawatnya.

Cowell, yang terkenal dengan komen sarkastik terhadap para peserta, juga berkongsi beberapa nasihat.

“Sekiranya anda membeli basikal elektrik, baca manual sebelum anda menunggangnya untuk pertama kali,” katanya dalam Twitter. Kecederaan Cowell akan memaksanya untuk berehat pada awal pertunjukan America’s Got Talent di NBC.

Tayangan langsung akan bermula pada Selasa dan Rabu tanpanya, kata rangkaian itu.

Dia mencipta rancangan pertunjukan bakat tersebut dan sekarang di musim ke-15, dan menjadi juri.

Juri lain dalam rancangan itu termasuklah Heidi Klum, Howie Mandel dan Sofia Vergara, dengan Terry Crews. – AP