Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Simpan barang terlarang, wanita didenda $10,500

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Mahkamah Majistret semalam memerintahkan seorang wanita warga Filipina untuk membayar denda sebanyak $10,500 kerana memiliki rokok, minuman keras dan bir terlarang yang diseludup.

Jukiet Tumitit Padi, 44, akan dihukum penjara selama 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada pendakwa kastam bahawa defendan telah didapati menyimpan 32 botol minuman keras, 24 tin bir serta dua karton dan lima paket rokok di sebuah rumah di Kampung Mumong, Belait ketika pegawai pencegahan kastam melakukan pemeriksaan pada jam 8:32 pagi pada 6 Mac.

ahkamah memerintahkan rokok dan minuman keras untuk dimusnahkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -