Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Simpan di tempat yang bersesuaian

Pada Jumaat lalu, saya berkunjung ke Pasar Tani Selayun untuk membeli beberapa barang keperluan dapur.

Tujuan saya menulis surat pembaca ini bukanlah untuk menjejaskan perniagaan mana-mana pihak peniaga di sana.

Semasa saya berada di sana, saya mendapati kebanyakan pemilik gerai di sana meletakkan sayur-sayuran yang hendak dijual pada tempat yang tidak bersesuaian.

Depan mata saya sendiri, saya melihat peniaga meletak sayur-sayurnya di kawasan tanah yang dikhuatiri terjejas oleh najis-najis haiwan seperti anjing dan kucing liar.

Jika dikatakan pihak relevan yang bertugas di sana tidak menegur para peniaga agak mustahil, melainkan tiada rondaan dijalankan.

Sehubungan itu diharap pihak relevan dapat menegur para peniaga dan memantau kebersihan sayur-sayuran yang dijual di sana.

Manakala bagi peniaga pula, saya nasihatkan jaga dan pekalah dengan kebersihan tempat awda meletakkan jualan.

Kebersihan adalah amat dituntut oleh Islam.

Tidak nafikan memang dapat dicuci selepas dibeli, namun jika daripada awal lagi sudah meletakkan di tempat yang tidak bersesuaian, ia sudah menjejaskan kebersihan sayur-sayuran berkenaan.

Pengunjung

Gambar menunjukkan salah seorang peniaga meletakkan sayur-sayuran jualannya di tempat yang tidak bersesuaian. – Gambar serahan penulis
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -