Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simposium Automotif Antarabangsa 8-12 November

    KUALA LUMPUR, 17 Julai – Institut Automotif Malaysia (MAI) akan menganjurkan Simposium Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 November 2017.

    Dalam satu kenyataan hari ini, MAI berkata, simposium bertema ‘Mobiliti Pintar, Selamat dan Mampan’ itu diadakan serentak dengan Pertunjukan Auto Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang,

    “Simposium kali pertama itu akan memberi tumpuan kepada Malaysia sebagai hab serantau untuk kenderaan cekap tenaga,” katanya.

    MAI berkata, selain simposium berkenaan, Anugerah Kereta Terbaik MAI juga akan diberikan sebelum pertunjukan tersebut.

    “Pemenang daripada 30 kategori akan diumumkan pada 8 November, iaitu pada malam sebelum pertunjukan auto dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

    “Pengumuman ini dijangka akan membantu pembeli untuk memilih kereta mereka,” katanya.

    Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, lebih 80 peratus ruang pameran itu telah dijual dan sebahagian besar jenama pasaran massa akan terlibat.

    “Antara pempamer yang sudah mengesahkan penyertaan mereka ialah Proton, Perodua, Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Subaru, Hyundai, KIA, BMW, Volvo, Peugeot, Renault dan Land Rover,” katanya.

    Menurutnya, aktiviti luar seperti pemanduan lasak akan diadakan, termasuk Kart Slalom yang pertama di negara ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda