Simposium rai ulang tahun SEAMEO ke-56

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Lebih 6,700 orang menyertai dan menyaksikan Simposium SEAMEO mengenai SEAMEO Centres: Yesterday-Today-Tomorrow dan pelancaran SEAMEO CARES Toolkit on Remote Teaching and Learning yang diadakan secara dalam talian, kelmarin.

Dianjurkan Sekretariat SEAMEO, simposium berkenaan diadakan sempena meraikan ulang tahun SEAMEO ke-56 dan bertujuan untuk mengetengahkan pencapaian dan rancangan masa depan Pusat Serantau SEAMEO untuk pembangunan pendidikan, sains dan budaya bagi negara-negara Asia Tenggara.

Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH telah diwakili oleh pengarahnya, Awang Alias bin Haji Abu Bakar sebagai salah seorang penceramah dalam panel 1 mengenai SEAMEO Centres: Yesterday-Today-Tomorrow for Education.

Menurut kenyataan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, beliau menekankan mengenai perkongsian kukuh dengan GIZ-RECOTVET bagi platform SEA-VET.Net, sebuah portal yang menyediakan amalan terbaik, kajian empirikal serta inovasi dalam bidang TVET.

Beliau juga menyentuh mengenai kejayaan program perdana SEAMEO VOCTECH, Latihan Jurulatih dan Latihan Penilai Program Pensijilan dengan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) sehingga 98 peratus, di mana peserta mampu menyampaikan latihan mereka sendiri dengan kecekapan latihan yang berkualiti

Di samping itu, semasa simposium berkenan, SEAMEO VOCTECH juga menayangkan video yang menyenaraikan inisiatif, projek dan kerjasama lain seperti platform e-pembelajaran, Hasil Pelan Kerja ASEAN 4, yang bertujuan untuk meningkatkan akses permulaan dan berterusan yang berkualiti bagi TVET sebagai tindak balas kepada tuntutan perubahan pasaran buruh.

Awang Alias mewakili Pusat Serantau SEAMEO VPCTECH sebagai salah seorang penceramah dalam panel 1 semasa simposium dalam talian berkenaan. – Gambar serahan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH