Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Simulasi Manasik Haji tingkat pemahaman pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Dengan matlamat untuk mendedahkan pelajar kepada teori dan praktikal manasik haji, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Simulasi Manasik Haji di sekolah tersebut, pagi tadi.

    Program berkenaan juga bertepatan dengan tajuk haji sebagai salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran subjek Fiqh Islam bagi Sanah 10.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam (KPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), melalui perlaksanaan program berkenaan, para pelajar dapat menambah kefahaman mereka mengenai haji dengan lebih baik lagi dan merasai sendiri perjalanan manasik haji yang mereka pelajari.

    Ini adalah kerana pembelajaran teori sahaja tanpa praktikal, boleh menjadikan pengajaran kurang berkesan.

    Para pelajar melakukan praktikal ibadah tawaf di ruang legar bangunan SUAMPRIPAHS, Kampung Katok, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...