YANGON, 20 April – Tujuh lagi suspek termasuk warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket utama dadah haram di Yangon Myanmar, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 15 orang, memetik agensi berita Myanmar lapor agensi berita China Xinhua.
Suspek ditahan pada Selasa selepas polis menyerbu sebuah rumah dan menemui 3.9 kilogram heroin, 2.1 juta pil amfetamina dan 299,6 kg kristal metamfetamin atau ‘ice’ bernilai 31.84 bi-lion kyats (US$ 23.41 juta).
Beberapa senjata dan kenderaan bermotor turut dirampas. Suspek akan didakwa dan kini polis memburu sembilan lagi suspek.
Penangkapan terbaru itu susulan rampasan dadah 1,110 kg jenis ‘ais’ dan 622,3 kg ketamine pada November. – Bernama