Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sindiket penyeludupan kanabis tumpas

    MADRID, 5 DIS – Polis Sepanyol berkata hari ini mereka telah menumpaskan sindiket penyeludupan yang membawa kanabis di seluruh Eropah dengan menyamar sebagai konvoi bantuan kemanusiaan dalam perjalanan ke Ukraine.

    Semasa operasi, polis menahan 30 orang suspek – terdiri daripada warga Sepanyol, Ukraine, Jerman dan Maghribi – di beberapa lokasi di selatan rantau Andalusia, menurut kenyataan Guardia Civil.

    Marijuana itu, datang dari ladang yang terletak di seluruh rantau, ‘dibungkus’ dalam kotak kadbod dan ditanda sebagai bekalan dan bantuan kemanusiaan untuk Ukraine,’ katanya.

    Kotak tersebut seterusnya dimasukkan dalam van yang didaftar di Ukraine yang ‘dikatakan bertindak sebagai konvoi solidariti supaya mereka boleh mengelak daripada pemantauan polis dan kawalan sempadan’

    Polis dimaklumkan mengenai skim itu selepas mengenal pasti sekumpulan warga Ukraine di Costa del Sol yang mengumpul sejumlah besar marijuana yang disimpan dalam sebuah pangsapuri di Mijas, sebuah bandar berdekatan Malaga.

    Semasa serbuan, yang menyasarkan kawasan di wilayah Malaga serta selatan bandar Granada, Cordoba dan Seville, polis merampas wang bernilai hampir 800,000 euro, enam laras senapang dan 2,500 tumbuhan kanabis.

    Suspek didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk penyeludupan dadah, keahlian pertubuhan jenayah dan memiliki senjata haram. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...