Sindiket ‘Puppy Scammer’ sasar individu kesepian

SYDNEY, 19 MEI – Australia kini berdepan dengan masalah sindiket penipuan haiwan membabitkan anak anjing baka terpilih dengan menyasarkan individu yang kesunyian akibat perintah berkurung.

Pemantau pengguna ACCC berkata sindiket penipuan secara dalam talian itu berjaya mempengaruhi individu yang ingin mendapatkan haiwan peliharaan sehingga mencecah AUS$300,000 pada bulan lalu, lima kali ganda lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.

“Ramai orang kini terkurung di rumah dan membeli haiwan secara dalam talian untuk mengatasi kesunyian tetapi dalam COVID-19 ini, agak sukar untuk memastikan siapa penipu atau sebaliknya,” kata Timbalan Pengerusi ACCC, Delia Rickard. – AFP